Resist Records

Resist Records ialah syarikat rakaman bebas dan kedai runcit yang berpangkalan di Newtown, New South Wales, Australia. Kedai tersebut dibuka oleh vokalis Toe To Toe, Scotty McFadyen pada 1996 sebelum berkembang menjadi syarikat rakaman pada 1998.[1] Resist juga menganjurkan pesta hardcore punk tahunan, yang telah menampilkan kugiran hardcore tempatan dan antarabangsa.